sewaktu musim cuti sekolah yang lepas, penulis berkunjung ke butik tudung yang tengah top sekarang, ariyani...dari pulau pinang, berkunjung ke butik ini menjadi salah satu agenda ketika berkunjung ke kuala lumpur disamping mencari kain untuk dibuat baju raya...maklumlah, jarang-jarang dapat peluang bercuti panjang ni....
hari yang dinantikan pun tiba..janjitemu dibuat dengan kawan penulis untuk sama-sama pergi membeli-belah...kawan penulis juga ingin membeli baju untuk anak beliau...
berkobar-kobar ingin pergi ke butik ni...maklumla, testimoni mengatakan bahawa tudung ariyani ni cantik dipakai...ketika berkunjung, memang ramai orang membeli-belah di butik tersebut..penulis membelek setiap satu fesyen tudung yang dipamerkan...memang cantik, material yang digunakan, dan harganya, memang agak mahal...bukan semua orang mampu untuk membeli tudung tersebut...tetapi melihatkan orang yang keluar masuk, seperti murah sahaja tudung yang dijual...
salah seorang pengurus/ penolong pengurus sibuk mempromosikan tudung kepada kawan penulis. kawan penulis juga memakai tudung yang lebih kurang sama dengan fesyen dan material yang ada di butik tersebut tetapi jenama yang lain, sedikit mahal dari ariyani dan pada pandangan penulis lebih cantik coraknya dari yang ada di butik tersebut, sehingga ada pelanggan yang bertanya kepada salesgirl dibutik tersebut dimana dia boleh dapatkan tudung seperti yang dipakai oleh kawan penulis. setelah memilih dua helai tudung, penulis berdiri disamping kawan dan memerhatikan tudung yang cuba dipromosikan kepada kawan penulis.
dalam hati saya, memang pandai pengurus ini memilih tudung yang sesuai, walaupun dia seorang lelaki...dan mempunyai pengetahuan cara pemakaian tudung dan tekniknya...ditunjukkan (jika tidak silap) 2-3 teknik memakai tudung...bagus juga, dapat menambahkan pengetahuan penulis tentang pemakaian tudung...apabila ditanyakan pendapat oleh kawan, penulis mengiakan tudung yang sesuai digayakan...
setelah kawan penulis memilih tudung yang dimiliki, pengurus tadi memandang kepada saya dan berkata....
"awak bila lagi nak bertukar imej? sampai bila nak memakai tudung cap ayam ni?" berderau darah saya mendengar perkataan cap ayam itu...memang benar, saya hanya memakai tudung yang mempunyai fesyen yang sama tapi material yang lain, label id..dan dari segi pemakaian, penulis berpakaian santai, jeans, tshirt, selipar, beg galas, berbanding kawan penulis yang lebih menawan tapi saya tidak menjangkakan ayat itu keluar dari seorang yang professional kepada pelanggannya...entah kenapa, saya tenang ketika mendengar ayat itu dan memberitahu yang saya telah membeli 2 helai dan saya menyatakan yang harganya agak mahal berbanding dengan gaya kehidupan saya, sekadar ingin mencuba. selalunya saya adalah seorang yang agak agresif ...dan akan membalas ayat itu dengan lantangnya, tapi hari itu mungkin kerana penat setelah membeli belah sebelum berkunjung ke butik itu, mood melawan itu hilang ditelan kepenatan..
tetapi yang sebenarnya, tudung ariyani ini apabila dikenakan, ianya tidak sesuai dengan bentuk muka penulis dan ini diiyakan oleh rakan dan juga suami. setelah keluar dari butik tersebut, penulis dan rakan menganalisa ayat yang dikeluarkan oleh pengurus tadi...tidak puas hati rasanya..tetapi setelah dikaji, memang benar, tiada seorang pelanggan pun dibutik tadi yang memakai tudung seperti penulis, mereka memakai samada tudung bawal, selendang atau tudung ariyani itu sendiri...tapi secara etikanya dari pandangan penulis, ayat itu tidak sesuai digunakan kepada pelanggan...penulis sendiri mungkin berfikir berpuluh-puluh kali untuk kembali ke butik ini hanya disebabkan oleh ayat tadi...
inilah kehidupan, sentiasa dibandingkan..seperti ada kasta lagaknya...sehinggakan tudung juga ada kastanya..yang penting dari kacamata penulis, objektif pemakaian itu sendiri untuk menutup aurat dan niat dari si pemakai itu sendiri bukannya harga yang dijadikan ukuran...entahlah...sesuatu untuk difikirkan....
No comments:
Post a Comment