Sunday, July 5, 2009

mengajar anak bertutur dalam bahasa inggeris

semasa mengandung anak yang pertama, rakan-rakan adalah sumber rujukan yang paling besar..maklumlah, setiap hari pergi bekerja pelbagai perkara yang dibualkan diwaktu santai atau waktu rehat..ini adalah salah satu tip yang diberikan oleh rakan yang mana anak-anak mereka bertutur didalam bahasa inggeris.

cara 1
seorang rakan mengadaptasi cara berikut..beliau dan suami hanya bertutur bahasa inggeris dengan anak dan juga sesama mereka...bahasa melayu amat jarang digunakan dirumah..sehingga ada kalanya terpaksa membuka buku untuk mengetahui sesuatu perkataan didalam bahasa inggeris. sekiranya anak berbicara dalam bahasa melayu, tindakan mereka adalah tidak memberikan respon sehingga anak bertutur dalam bahasa inggeris...cara ini mungkin lebih efektif kerana ini menggalakkan anak supaya berusaha untuk bertutur didalam bahasa inggeris.

cara 2
cara yang lain adalah hanya bertutur bahasa inggeris kepada anak anda tetapi sesama pasangan boleh bertutur dalam 2 bahasa atau lebih. dengan menggunakan cara ini, sikecil boleh menguasai 2 atau 3 bahasa pada masa yang sama. ini kerana beliau mendengar lebih dari 1 bahasa setiap hari walaupun dari segi pertuturan, sikecil hanya menggunakan bahasa inggeris. ada seorang rakan yang mempunyai kacukan cina dan sabah tetapi berkahwin dengan melayu, jadi anak beliau boleh menguasai pelbagai bahasa- inggeris, cina, melayu dan juga pertuturan sabah...mengagumkan bukan?? penulis sendiri menggunakan cara yang kedua ini, bukan apa, diri sendiri juga bukan begitu mahir berbahasa inggeris, ada masanya terpaksa membuka kamus, itu belum termasuk dari segi penggunaan bahasa dan juga grammar...ada kalanya lebih cepat menyampaikan mesej kepada suami dengan menggunakan bahasa ibunda.

tetapi mungkin cara yang kedua ini kurang efektif sekiranya anda mahu anak anda bertutur dalam bahasa inggeris dengan cepat, kerana ada masanya sikecil merasa keliru yang mana satu yang betul...tetapi kelebihannya, menguasai pelbagai bahasa dalam masa yang sama.

testimoni

melalui pengalaman, anak yang pertama lebih senang dibentuk. ini kerana persekitaran yang terhad..agak sukar membentuk anak yang kedua kerana anak yang pertama telah terdedah kealam persekolahan, taska, prasekolah...beliau telah mahir menggunakan kedua bahasa dan sering terbawa berbahasa melayu dengan adik walaupun telah dipesan berkali-kali..tetapi jika selalu dididk, ini bukan satu masalah lagi...selalu ingatkan anak yang pertama supaya beliau menggunakan bahasa inggeris dengan adik-adik yang lain.

bimbang anak tidak boleh berbahasa melayu? jangan risau, sebaik sahaja anak anda mula bersekolah, dengan pantas dia dapat menguasai bahasa melayu..pada awalnya, mungkin agak sukar, sehinggakan cikgu ditaska memberikan input yang anak penulis pelat berbahasa melayu...lama kelamaan ini tidak akan menjadi masalah lagi. anda akan dapat melihat anak anda boleh bertukar bahasa mengikut persekitaran, dirumah pengasuh berbahasa melayu, dirumah sendiri berbahasa inggeris dan ketika pulang kekampung berbahasa melayu untuk bercerita dengan atuk dan opah.

apa gunanya mengajar anak bertutur dalam bahasa inggeris dari kecil? ini dari pandangan penulis, mungkin tidak sama dengan orang lain.. ini memudahkan proses pembelajaran anak anda, terutamanya apabila dia mula membaca...sekiranya diajar dengan teknik dan buku yang betul, dapat dilihat bahawa anak kecil anak dapat membaca dengan cepat kerana dia memahami lebih dari satu bahasa.. kelebihan kepada mereka yang bekerja atau belajar diluar negara dan mempunyai anak, anak mereka lebih pantas berbahasa inggeris kena keadaan itu sendiri memaksa mereka untuk bertutur, tidak seperti kita disini dimana kita boleh memilih bahasa mana yang hendak digunakan.

ada masanya hati merasa bangga melihat anak boleh memahami dan bertutur dalam bahasa inggeris, walaupun kadang-kadang penggunaan bahasa tidak tepat...mengimbau kembali zaman kecil saya, adalah agak sukar untuk mendapat pendedahan begini, mungkin kerana kekangan yang tidak dapat dielakkan, latarbelakang, dan juga pendedahan pentingnya bahasa inggeris...dizaman ini, semuanya bukan lagi mustahil dengan adanya kuasa IT, buku, cd, dan juga pendedahan yang meluas. jangan terkejut jika sesakali anak anda menggunakan vocabulary yang agak tinggi...

penulis ingin berterima kasih kepada rakan-rakan yang memberikan tip ini, mengajar anak bertutur dari kecil..tip ini amat berguna terutama melihat kepada situasi global...kita tidak mahu anak kita ketinggalan dibelakang hanya kerana kurangnya pendedahan..melentur buluh biar dari rebungnya, seperti penulis sendiri, ketika kecil tidak mahir bertutur dan menulis dalam bahasa inggeris...tidak mahu keaadan itu terjadi kepada sikecil pula, kerana telah terdapat banyak medium yang boleh menjadi pemangkin..inilah masa untuk menjadikan si kecil lebih baik daripada kita sendiri....

sekira merasa tip ini berguna, alhamdulilah...sekadar ingin berkongsi pengalaman dan pengetahuan dan apa yang telah diperolehi dari rakan-rakan...





cara 2

1 comment:

fahmi said...

Puan, senang je nk bg anak2 pandai BI. Sy dulu masuk skolah Methodist. Mmg berkesan.. Lgpun kalau tak pandai BI, mmg saje2 la kena kutuk ngn classmate..